Wednesday, July 2, 2014

~~~feedback~~ allalalaa..

Okay orite....
        'Andaiku masih sayang' merupakan karya pertamaku. Haha. Mungkin kurang menarik. (Ada ku kesah). Hrmm. Jangan la nak terus negativekan.??? Bende alah nie pun aku sekali dua kala je update bukan aku malas.(pendusta jujur kau memang malas kan.?) Haha memang la tak dinafikan. Sejak aku punya lappy membuat hal , ini lah jadi nya (kau bagi alasan lagi). Serik la aku  dengar. Kau pun dah jauh sangat nie. Kata nak bagi rumusan tentang cerpen. Yang kau pegi melalut jauh sangat dah kenape??.

Okay, sekarang aku serius.  Tentang penulisan aku tu. Memang ada kekakuan yang lebih. Sebab aku baru je menulis. (Penipu, selama ni kau tak menulis). Maksud aku baru sahaja membuat karya penulisa sastera. Memang bukan senang nak korek idea nie, bagai pecah berderai otak aku fikir tau. Semua yang aku tulis mungkin ada kaitan dengan ku. Tapi korang paham2 jela kan. Sastera kalau takde tokok tambah tak menarik la kan., so aku tokot tambah bagi menambah rasa. Bukan tambah ajinamoto. Kang tak pasal2 aku yang botak. Aku rasa tu jelah kot rumusan tentang penulisan cerpen aku yang tak berapa nak mantap. Kau kau bosan takyah la baca eyh.

Andaiku Masih Sayang II

 Eh, anak ibu ni dah kenapa. Ibu cakap dengan dia diam je dari tadi. Lamunan ku sebentar tadi hilang. Aku sedikit terkejut dengan sergahan ibu. 'Anak ibu nie ada masalah ke'?, tanyaibu dengan penuh prihatin. Ibu mana yang mahu melihat anaknya dalam masalah. Aku tak mungkin bercerita tentang perhubungan ku dengan iIffat.  'Eh, ibu nie mana ada masalah, Rasha cuma termenung melihat luar ni, cantik sungguh ciptaan Allah kan bu,?'balasku ringan sahaja lidah ini memberi alasan bagi menutup semua yang berlaku. 'Ibu, jum masok tido dah lewat ni, aku mengajak ibu masok ke dalam rumah.
               
                  Setelah seminggu, hubungan aku dan Iffat kembali pulih. Ada lagi yang membuatkan aku marah sehingga rasa ingin ku kerat lapan belas sahaja tubuh Iffat. Kali ini aku mungkin tidak akan beroleransi lagi. Aku rasa sudah cukup puas Iffat menyakitiku. Kai ini tidak akan ku beri peluang untuk nya menyakiti aku lagi. Setelah tamat kelas, aku terus pergi mencari Iffat.

                 Iffat, aku nak kau jelaskan semua ini. Aku menunjukkan semua tweetnya di twitter bersama seorg gadis yang memang aku tidak kenali. Iffat hanya diam. Dia tidak berani mematahkan hujahku yang umpama peluru berpandu menyerang nya. Hati perempuan mana yang tahan apabila melihat lelaki yang mereka sayang bermadu kasih dengan perempuan lain.

                Iffat cuba menjelaskan pada ku tapi ternyata semuanya sia-sia. Aku tidak akan termaka dek kata-kata manis nya lagi. Sudah cukup peluang kedua yang aku berikan tapi tidak dimanfaatkan oleh Iffat.aku benar-benar kecewa.

~sebulan kemudian~

            Aku menerima sepucuk surat dari sebuah universiti luar negara. Alhamdulillah ya Allah, kau makbulkan doaku. Aku menerima tawaran menyambung pelajaran di Mesir dalam jurusan kedoktoran. Memang ini impian ku. Setelah sebulan aku sudah berputus asa dengan permohonan ku. Namun, kini rezeki ku ada di depan mata. Mana mungkin aku tolak. Semoga Allah meredha kepergianku menuntut ilmu disana nanti. Ibu dan ayah datang memeluk erat tubuh ku. Tanda mereka bangga denganku.
           
                  Kisah aku dan Iffat kini ku simpan hanya sebagai kenangan. Terima kasih Iffat kerana kau aku akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan suatu hari nanti. Aku juga berharap agar kau akan berubah. Dan suatu masa nanti aku harap kau akan menemui insan yang lebih baik dari ku yang mampu untuk mengubah mu. Tapi kau perlu ingat aku pernah menjadi sebahagian dari hidupmu.

                                                                                                             ~TAMAT~
By, PuteriKhayalan

Wednesday, June 18, 2014

Andaiku Masih Sayang.

         Malam yang tenang aku habiskan untuk memikirkan nasibku. Mengapa pengakhiran perhubungan aku harus begini. Apa salah ak padanya puas aku memikirkan. Andai sahaja aku bisa untuk undurkan masa aku berharap agar aku tidak mengenali insan bernama Iffat. Nama yang penuh makna. Namun pemilik nama tidak memiliki sedikit sifat yang terdapat pada makna namanya. 'Ya Allah, mengapa kau temukan kan aku pada insan yang begitu',keluh hatiku. 'Amboi anak Rasha, anak ibu ni dah sampai mana'?, tegur ibuku. Aku sedikit kaget dengan sapaan ibu. Namun aku cuba menyembunyikan kesedihan dihati. Namun, naluri seorang ibu tidak dapat ditipu. 'Rasha, ibu tahu Rasha ada masalahkan'?. Aku dari tadi hanya mendiamkan diri. Aku tidak mungkin menceritakan perpisahan aku dengan Iffat kepada ibuku.

      'Awak, kenapa ni'?,tegur aku kepada Iffat.  Aku merasakan perubahan pada Iffat. Namun, cuba ku tepis fikiran negatif itu. Aku tahu sejak akhir - akhir ini Iffat berubah. Jarang dia bersikap dingin kepadaku. Aku dapat merasakan.

        'Apa semua ni awak,? Saya nak awak jelaskan, tangisku. Aku yang dari tadi memerhatikan Iffat hanya mendiamkan diri. Perbualan Iffat dengan seorang gadis dalam laman sosial Facebook itu menaikkan darahku. Aku menunggu penjelasan dari Iffat. Setelah sekian lama berdiam , lalu Iffat menjelaskan padaku. Dia tidak mempunyai hubungan istimewa bersama gadis tersebut. Tapi apa yang ku lihat dari segi panggilan 'hubby' dan 'sayang' sudah cukup jelas menyatakan bahawa hubungan antara mereka bukan hanya sebatas sahabat atau teman tapi pasangan kekasih. Aku? Jadi aku siapa dihati Iffat selama ini? Hanya peneman dikala sunyi. Iffat telah hilang kata-kata dia hanya mampu diam dan memerhatikan aku yang sememangnya sudah bertindak luar kawalan.

         Semalaman iffat menelefon aku namun, sekali pun tidak aku jawab. Sakit hati ini, bagai ditoreh sembilu. Iffat juga menghantar pesanan ringkas(sms) kepada ku memohon maaf. Tapi tidak langsung aku hiraukan. Iffat tidak berputus asa menelefon aku, sehingga aku rimas. Akhirnya aku mengalah. Panggilan Iffat akhirnya aku sambut. Penjelasan iffat membuat aku buntu. Aku hilang kata-kata.  Hanya satu sahaja permintaan aku pada Iffat pada malam itu. 'Awak, saya akan cuba percaya awak lagi,  tapi awak jangan pernah khianati saya lagi untuk kali yang keduanya,kataku. Pada malam itu, hubungan kami pulih kembali.
   
                                                                              ~ BERSAMBUNG~~~~~~~
          By, PuteriKhayalan.

Friday, April 26, 2013

wow wow..!!!!

its kind of a thousand year not 'renew' my blog...
so.. i think only this for 2nite..
coz tomorrow i've to attend a formal classes.. so need to say good bye to my new 'face'... hahaha..

Wednesday, January 18, 2012

special menu..

hehehe.. satu hari satu malam di Kuching, tired of coz. sepanjang satu hari berjalan2 d bndaraya Kuching. seronok jugak larh.. walaupun xda beli apa2 just jln2 cmtu jer.. nk tau apa yg menarik 4 our dinner.?? hehehe.. masa datang tu mmg terkezut sangat2 le, bla tgk menu kt sana NASI TSUNAMI.. wooo,, intersting gtu lorh.. then lps order nasi pg plak ke sblh tup,tup tengok air kt sna AIR BANDUNG GEMPA BUMI, aiyoo. dasyat sungguh.. p xla smpai nk order air tu.. sbb takut.. hahaha.. mne x, order nasi tsunami, xkan la nk order air pun air bencana alam jugak kot.. huhu.. xbrni larh,, so, g larh order air white lady jer,, huh.. mmg dasyat larh menu kt sna tu.. wanna to try come to waterfront Kuching Swak, sbrng jer.. kalo nk g sne gna perahu lgi seru.. hehehe..

ini lah dia NASI TSUNAMI.. msti cuba larh..

Wednesday, January 11, 2012

khas untukmu kaum hawa..

setiap manusia yang diciptakan di dunia ini telah ditentukan perjalanan hidupnya. termasuk juga pendamping hidupnya. semuanya telah ditentukan sebaik mungkin oleh sang pencipta. mengapa harus berpatah hati, menangis bagai nak rak, sampaikan ada juga dikalangan kita yang sanggup untuk membunuh diri hanya kerana apa,?? hanya kerana PUTUS CINTA dengan kekasih hatinya.. oh,kaum hawa tidakkah kau tahu bahawa kau telah diciptakan dari rusuk kaum adam. tulang rusuk itu tidak akan pernah tertukar kerana kau memang telah dicipta daripada tulang rusuk kaum adam yang telah diciptakan untukmu wahai kaum hawa. jadi mengapa kau perlu bersedih wahai kaum hawa,?? kau memiliki tulang rusuk kaum adam yang telah diciptakan untuk mu.. sekiranya kau tidak menemui itu didunia, kau pasti akan menemuinya di syurga kelak insyaAllah... kau hanya perlu berdoa sahaja kerana Allah maha pemurah, lagi maha penyayang. hidup ini perlulah sentiasa redha dengan ketentuanNya. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. jodoh,ajal dan maut itu ditangan Allah. kita hanya mampu berserah kepadaNya.. wallahualam..

Tuesday, January 10, 2012

i'm in 2012

hrmm,, mcm tak sangka plak hri ni dh 10 hri kta suma dlm thun 2012.. aku lgi xsngka yg aku nie dl jdi "lpsn spm".. mmg xcya lnsung p ape nk buat bumi nie brputar setiap hri... hri2 umo kta meningkt.. setiap hri kta akn berhadapn dgn situasi yg brbeza..mcm2 yg brlaku.. ape lgi org mcm aku ni.. xlame lagi result spm akn kluar.. aku nih xsiap lgi nk trima result.. p aku brdoa je lah mdh-mudhan aku dpt keputusan yg trbaik.. insyaAllah.. amin...

new year "hairstyle"...