Tuesday, September 30, 2014

Tersirat Dan Tersurat....

Assalammualaikummmmmm....
 entry kali ni aku nak berkongsi tentang satu pengalaman yang aku takkan pernah lupakan seumur hidup aku iaitu, pengalaman join kem Pimpin Siswa. kem ni dijalankan khas untuk pelajar tahun satu di USM. kem ni memang superb best.. bukan apa.. kem nie walaupun pada dasar nya sangat la annoying sebab aku last siri a.k.a siri ke 4. so, masa ni aku dah dihujani dgn assigment yg melambak.. ao mood nak berkem kurang la.. tapi kerana kem ni wajib aku kira paksa rela la join benda alah ni.. tapiiiiiii.. at last aku dapat selami apa sebenarnya motif utama kem ni.. even sepanjang kem 3 hari 2 malam nie, aku sempat mandi sekali jk tpi aktiviti dan santapan rohani yang dijalankan sangat memberikan kesan kepada diri aku.. mengajar aku erti amanah.. menjaga amanah yang diberikan sepanjang kem.. kadang-kadang kita sebagai manusia memang byk terlepas pandang bab-bab amanah nie.. tapi bila ada penakanan mcm nie dapat sedikit sebanyak memberikan kesedaran tentang penting nya menjaga amanah.. sebab kalau di kem akan didenda.. tapi kelak di akhirat..?? apa yang berlaku..? kita jawab la dengan Allah.. kenapa kita ssh sangat nak jaga amanah..

seterusnya, benda yang aku dapat belajar dari kem ni ialah aku dapat bekerjasama dalam kumpulan. walaupun aku tak kenal pun diorang. benda ni lah yang perlu ada dalam diri masyarakat kita pada hari ni.. kerjasama.. tpi mcm yg kita sediamaklum benda nie dah terhakis dah dalam kalangan masyarakat kita dek kerana teknologi.. tpi melalui program-program sebegini semangat kerjasama nie in sha Allah akan dapat dipupuk semula.. kan kan..??? sebenanrnya banyak lagi yang aku dapat tpi setakat nie jelah dulu yang aku dapat share.. bubyeeee...

Wednesday, September 24, 2014

mok mok sik sik.!!

okay. seumur hidup ku aku paling bencik bila orang yang kita tanyak sik berik respond.. sik aku tauk pnie mok mdah rasa sakit ati bila dipolah orang pia.. mun xtauk padah sik tauk.. aku trimak.. lamak aku bertantik jawapan tapi sikda juak.. akai dai.! alash kuh.. yarhhh.. aku sik mtak nok lebih pun tyk ajak.. okay fine! pia jk kau molah aku.. aku hormat kau ko mlah aku ptuk.. :-( piluk ti aku. bukan salu aku tyk soalan.. 1st tyme tpi agik juak aku dplah ptuk.. adehh.. pia la manusia. sik aku madah nya tek jaik. nya ok. tpi ku sik phm apa knak bila dtyk soalan alu diam.. hrmmm.. sik paham okay sik paham.. dah la lelah aku nak ngerepak pjg2 ngerepak pun bukan ada guna bukan nya tauk pun.. yg nya tauk ya jk la.. nyakit ti.. ;-(.. tapi so far tuk aku gik cba positif.. myb nya bz.. ok fine.. aku trimak..

p/s: bahasa mungkin mengelirukan. tapi inilah hakikat bila jiwa kacau.. selamat malam. have a bless day..

Tuesday, September 23, 2014

Bunian's Of Aman Damai

para Bunian dan PPSL AD

Malam Variasiswa USM,Kampus Induk. Malam dimana pelajar tahun pertama membuat persembahan dan aku juga merupakan seorang daripada pesertanya. Aummm.. Yang paling tak percayanya aku MENARI.!!! Sekali lagi aku cakap AKU MENARI weii.. hahaa.. macam mane nak percaya.. aku yang tak pernah2 terlibat dalam tarian boleh menari kot.. hahaa.. kalau dulu yang aku tahu bersilat je. kalau bab2 menari nie aku memang tak pernah la.. kelemahan aku kot. dah la bdan keras semacam.. mane nak menari nye.. huahahhaa.. percaya atau tidak aku tetap menari weii.. bukan apa, aku cuba kot untuk menceburi bidang yang baru.. kalau dulu aku pernah berlakon.. siap pernah kot dinobatkan sebagai 'BEST ACTRESS'.. hahahha.. percaya atau tidak korang kena percaya jugak.. aku minat berlakon sebenarnya tapi bila dah masuk alam yang baru mcm ni. op kos la aku kena mencbuba benda yang baru kan.. terutamanya tarian.. walaupun keras macam batu. aku cuba menari.. dan sekurang-kurangnya tarian kami mendapat pujian ramai.. hahhaa.. itu bermakna tak sia-sia lah aku menceburi bidang tarian ni. haha.. dan yang paling penting korang kena tahu, malam tu kami para Bunian nie menang kot!! menang bagi kategori PENGORBANAN(satu daripada prinsip Apex). walaupun ada yang komen 'pengorbanan cinta untuk kelestarian hari esok' bla..bla.. tu mcm pelikk.. tapi persembahan teater kami malam tu merupakan persembahan yang 'fresh' ataupun baru.. hahaa.. bangga jugak kot.. walaupun tak menang keseluruhan atau menang anugerah khas juri.. tetap juga rasa bangga kerana masa dan tenaga yang kami korbankan bersama-sama abang dan kakak PPSL tak sia-sia sebab ramai yang puji persembahan kami 'havoc' gitu.. aummm.. rasanya tu je kot aku nak bebelkan. tentang MALAM VARIASISWA.. bubyeeee

K A M I

Wednesday, July 2, 2014

~~~feedback~~ allalalaa..

Okay orite....
        'Andaiku masih sayang' merupakan karya pertamaku. Haha. Mungkin kurang menarik. (Ada ku kesah). Hrmm. Jangan la nak terus negativekan.??? Bende alah nie pun aku sekali dua kala je update bukan aku malas.(pendusta jujur kau memang malas kan.?) Haha memang la tak dinafikan. Sejak aku punya lappy membuat hal , ini lah jadi nya (kau bagi alasan lagi). Serik la aku  dengar. Kau pun dah jauh sangat nie. Kata nak bagi rumusan tentang cerpen. Yang kau pegi melalut jauh sangat dah kenape??.

Okay, sekarang aku serius.  Tentang penulisan aku tu. Memang ada kekakuan yang lebih. Sebab aku baru je menulis. (Penipu, selama ni kau tak menulis). Maksud aku baru sahaja membuat karya penulisa sastera. Memang bukan senang nak korek idea nie, bagai pecah berderai otak aku fikir tau. Semua yang aku tulis mungkin ada kaitan dengan ku. Tapi korang paham2 jela kan. Sastera kalau takde tokok tambah tak menarik la kan., so aku tokot tambah bagi menambah rasa. Bukan tambah ajinamoto. Kang tak pasal2 aku yang botak. Aku rasa tu jelah kot rumusan tentang penulisan cerpen aku yang tak berapa nak mantap. Kau kau bosan takyah la baca eyh.

Andaiku Masih Sayang II

 Eh, anak ibu ni dah kenapa. Ibu cakap dengan dia diam je dari tadi. Lamunan ku sebentar tadi hilang. Aku sedikit terkejut dengan sergahan ibu. 'Anak ibu nie ada masalah ke'?, tanyaibu dengan penuh prihatin. Ibu mana yang mahu melihat anaknya dalam masalah. Aku tak mungkin bercerita tentang perhubungan ku dengan iIffat.  'Eh, ibu nie mana ada masalah, Rasha cuma termenung melihat luar ni, cantik sungguh ciptaan Allah kan bu,?'balasku ringan sahaja lidah ini memberi alasan bagi menutup semua yang berlaku. 'Ibu, jum masok tido dah lewat ni, aku mengajak ibu masok ke dalam rumah.
               
                  Setelah seminggu, hubungan aku dan Iffat kembali pulih. Ada lagi yang membuatkan aku marah sehingga rasa ingin ku kerat lapan belas sahaja tubuh Iffat. Kali ini aku mungkin tidak akan beroleransi lagi. Aku rasa sudah cukup puas Iffat menyakitiku. Kai ini tidak akan ku beri peluang untuk nya menyakiti aku lagi. Setelah tamat kelas, aku terus pergi mencari Iffat.

                 Iffat, aku nak kau jelaskan semua ini. Aku menunjukkan semua tweetnya di twitter bersama seorg gadis yang memang aku tidak kenali. Iffat hanya diam. Dia tidak berani mematahkan hujahku yang umpama peluru berpandu menyerang nya. Hati perempuan mana yang tahan apabila melihat lelaki yang mereka sayang bermadu kasih dengan perempuan lain.

                Iffat cuba menjelaskan pada ku tapi ternyata semuanya sia-sia. Aku tidak akan termaka dek kata-kata manis nya lagi. Sudah cukup peluang kedua yang aku berikan tapi tidak dimanfaatkan oleh Iffat.aku benar-benar kecewa.

~sebulan kemudian~

            Aku menerima sepucuk surat dari sebuah universiti luar negara. Alhamdulillah ya Allah, kau makbulkan doaku. Aku menerima tawaran menyambung pelajaran di Mesir dalam jurusan kedoktoran. Memang ini impian ku. Setelah sebulan aku sudah berputus asa dengan permohonan ku. Namun, kini rezeki ku ada di depan mata. Mana mungkin aku tolak. Semoga Allah meredha kepergianku menuntut ilmu disana nanti. Ibu dan ayah datang memeluk erat tubuh ku. Tanda mereka bangga denganku.
           
                  Kisah aku dan Iffat kini ku simpan hanya sebagai kenangan. Terima kasih Iffat kerana kau aku akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan suatu hari nanti. Aku juga berharap agar kau akan berubah. Dan suatu masa nanti aku harap kau akan menemui insan yang lebih baik dari ku yang mampu untuk mengubah mu. Tapi kau perlu ingat aku pernah menjadi sebahagian dari hidupmu.

                                                                                                             ~TAMAT~
By, PuteriKhayalan

Wednesday, June 18, 2014

Andaiku Masih Sayang.

         Malam yang tenang aku habiskan untuk memikirkan nasibku. Mengapa pengakhiran perhubungan aku harus begini. Apa salah ak padanya puas aku memikirkan. Andai sahaja aku bisa untuk undurkan masa aku berharap agar aku tidak mengenali insan bernama Iffat. Nama yang penuh makna. Namun pemilik nama tidak memiliki sedikit sifat yang terdapat pada makna namanya. 'Ya Allah, mengapa kau temukan kan aku pada insan yang begitu',keluh hatiku. 'Amboi anak Rasha, anak ibu ni dah sampai mana'?, tegur ibuku. Aku sedikit kaget dengan sapaan ibu. Namun aku cuba menyembunyikan kesedihan dihati. Namun, naluri seorang ibu tidak dapat ditipu. 'Rasha, ibu tahu Rasha ada masalahkan'?. Aku dari tadi hanya mendiamkan diri. Aku tidak mungkin menceritakan perpisahan aku dengan Iffat kepada ibuku.

      'Awak, kenapa ni'?,tegur aku kepada Iffat.  Aku merasakan perubahan pada Iffat. Namun, cuba ku tepis fikiran negatif itu. Aku tahu sejak akhir - akhir ini Iffat berubah. Jarang dia bersikap dingin kepadaku. Aku dapat merasakan.

        'Apa semua ni awak,? Saya nak awak jelaskan, tangisku. Aku yang dari tadi memerhatikan Iffat hanya mendiamkan diri. Perbualan Iffat dengan seorang gadis dalam laman sosial Facebook itu menaikkan darahku. Aku menunggu penjelasan dari Iffat. Setelah sekian lama berdiam , lalu Iffat menjelaskan padaku. Dia tidak mempunyai hubungan istimewa bersama gadis tersebut. Tapi apa yang ku lihat dari segi panggilan 'hubby' dan 'sayang' sudah cukup jelas menyatakan bahawa hubungan antara mereka bukan hanya sebatas sahabat atau teman tapi pasangan kekasih. Aku? Jadi aku siapa dihati Iffat selama ini? Hanya peneman dikala sunyi. Iffat telah hilang kata-kata dia hanya mampu diam dan memerhatikan aku yang sememangnya sudah bertindak luar kawalan.

         Semalaman iffat menelefon aku namun, sekali pun tidak aku jawab. Sakit hati ini, bagai ditoreh sembilu. Iffat juga menghantar pesanan ringkas(sms) kepada ku memohon maaf. Tapi tidak langsung aku hiraukan. Iffat tidak berputus asa menelefon aku, sehingga aku rimas. Akhirnya aku mengalah. Panggilan Iffat akhirnya aku sambut. Penjelasan iffat membuat aku buntu. Aku hilang kata-kata.  Hanya satu sahaja permintaan aku pada Iffat pada malam itu. 'Awak, saya akan cuba percaya awak lagi,  tapi awak jangan pernah khianati saya lagi untuk kali yang keduanya,kataku. Pada malam itu, hubungan kami pulih kembali.
   
                                                                              ~ BERSAMBUNG~~~~~~~
          By, PuteriKhayalan.