Wednesday, June 18, 2014

Andaiku Masih Sayang.

         Malam yang tenang aku habiskan untuk memikirkan nasibku. Mengapa pengakhiran perhubungan aku harus begini. Apa salah ak padanya puas aku memikirkan. Andai sahaja aku bisa untuk undurkan masa aku berharap agar aku tidak mengenali insan bernama Iffat. Nama yang penuh makna. Namun pemilik nama tidak memiliki sedikit sifat yang terdapat pada makna namanya. 'Ya Allah, mengapa kau temukan kan aku pada insan yang begitu',keluh hatiku. 'Amboi anak Rasha, anak ibu ni dah sampai mana'?, tegur ibuku. Aku sedikit kaget dengan sapaan ibu. Namun aku cuba menyembunyikan kesedihan dihati. Namun, naluri seorang ibu tidak dapat ditipu. 'Rasha, ibu tahu Rasha ada masalahkan'?. Aku dari tadi hanya mendiamkan diri. Aku tidak mungkin menceritakan perpisahan aku dengan Iffat kepada ibuku.

      'Awak, kenapa ni'?,tegur aku kepada Iffat.  Aku merasakan perubahan pada Iffat. Namun, cuba ku tepis fikiran negatif itu. Aku tahu sejak akhir - akhir ini Iffat berubah. Jarang dia bersikap dingin kepadaku. Aku dapat merasakan.

        'Apa semua ni awak,? Saya nak awak jelaskan, tangisku. Aku yang dari tadi memerhatikan Iffat hanya mendiamkan diri. Perbualan Iffat dengan seorang gadis dalam laman sosial Facebook itu menaikkan darahku. Aku menunggu penjelasan dari Iffat. Setelah sekian lama berdiam , lalu Iffat menjelaskan padaku. Dia tidak mempunyai hubungan istimewa bersama gadis tersebut. Tapi apa yang ku lihat dari segi panggilan 'hubby' dan 'sayang' sudah cukup jelas menyatakan bahawa hubungan antara mereka bukan hanya sebatas sahabat atau teman tapi pasangan kekasih. Aku? Jadi aku siapa dihati Iffat selama ini? Hanya peneman dikala sunyi. Iffat telah hilang kata-kata dia hanya mampu diam dan memerhatikan aku yang sememangnya sudah bertindak luar kawalan.

         Semalaman iffat menelefon aku namun, sekali pun tidak aku jawab. Sakit hati ini, bagai ditoreh sembilu. Iffat juga menghantar pesanan ringkas(sms) kepada ku memohon maaf. Tapi tidak langsung aku hiraukan. Iffat tidak berputus asa menelefon aku, sehingga aku rimas. Akhirnya aku mengalah. Panggilan Iffat akhirnya aku sambut. Penjelasan iffat membuat aku buntu. Aku hilang kata-kata.  Hanya satu sahaja permintaan aku pada Iffat pada malam itu. 'Awak, saya akan cuba percaya awak lagi,  tapi awak jangan pernah khianati saya lagi untuk kali yang keduanya,kataku. Pada malam itu, hubungan kami pulih kembali.
   
                                                                              ~ BERSAMBUNG~~~~~~~
          By, PuteriKhayalan.