Wednesday, July 2, 2014

Andaiku Masih Sayang II

 Eh, anak ibu ni dah kenapa. Ibu cakap dengan dia diam je dari tadi. Lamunan ku sebentar tadi hilang. Aku sedikit terkejut dengan sergahan ibu. 'Anak ibu nie ada masalah ke'?, tanyaibu dengan penuh prihatin. Ibu mana yang mahu melihat anaknya dalam masalah. Aku tak mungkin bercerita tentang perhubungan ku dengan iIffat.  'Eh, ibu nie mana ada masalah, Rasha cuma termenung melihat luar ni, cantik sungguh ciptaan Allah kan bu,?'balasku ringan sahaja lidah ini memberi alasan bagi menutup semua yang berlaku. 'Ibu, jum masok tido dah lewat ni, aku mengajak ibu masok ke dalam rumah.
               
                  Setelah seminggu, hubungan aku dan Iffat kembali pulih. Ada lagi yang membuatkan aku marah sehingga rasa ingin ku kerat lapan belas sahaja tubuh Iffat. Kali ini aku mungkin tidak akan beroleransi lagi. Aku rasa sudah cukup puas Iffat menyakitiku. Kai ini tidak akan ku beri peluang untuk nya menyakiti aku lagi. Setelah tamat kelas, aku terus pergi mencari Iffat.

                 Iffat, aku nak kau jelaskan semua ini. Aku menunjukkan semua tweetnya di twitter bersama seorg gadis yang memang aku tidak kenali. Iffat hanya diam. Dia tidak berani mematahkan hujahku yang umpama peluru berpandu menyerang nya. Hati perempuan mana yang tahan apabila melihat lelaki yang mereka sayang bermadu kasih dengan perempuan lain.

                Iffat cuba menjelaskan pada ku tapi ternyata semuanya sia-sia. Aku tidak akan termaka dek kata-kata manis nya lagi. Sudah cukup peluang kedua yang aku berikan tapi tidak dimanfaatkan oleh Iffat.aku benar-benar kecewa.

~sebulan kemudian~

            Aku menerima sepucuk surat dari sebuah universiti luar negara. Alhamdulillah ya Allah, kau makbulkan doaku. Aku menerima tawaran menyambung pelajaran di Mesir dalam jurusan kedoktoran. Memang ini impian ku. Setelah sebulan aku sudah berputus asa dengan permohonan ku. Namun, kini rezeki ku ada di depan mata. Mana mungkin aku tolak. Semoga Allah meredha kepergianku menuntut ilmu disana nanti. Ibu dan ayah datang memeluk erat tubuh ku. Tanda mereka bangga denganku.
           
                  Kisah aku dan Iffat kini ku simpan hanya sebagai kenangan. Terima kasih Iffat kerana kau aku akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan suatu hari nanti. Aku juga berharap agar kau akan berubah. Dan suatu masa nanti aku harap kau akan menemui insan yang lebih baik dari ku yang mampu untuk mengubah mu. Tapi kau perlu ingat aku pernah menjadi sebahagian dari hidupmu.

                                                                                                             ~TAMAT~
By, PuteriKhayalan

No comments:

Post a Comment